MASALAH HOME
Kajian-kajian di Rumah Kanak-kanak Taiping tidak mencukupi untuk menjelaskan pentadbiran pengurusan sesebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Permohonan untuk keluar bertugas bagi mencari dan berkongsi maklumat telah membuahkan hasil dari maklumat yang diterima.
Apa yang hendak ditulis ini berdasarkan pengalaman rakan saya yang bekerja sebagai pengurus rumah kebajikan/ Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz
Budaya masyarakat kita yang suka membuat kebajikan meneyebabkan ada individu yang tidak berhati perut mengekspoitasi anak yatim dan kanak-kanak miskin.
Budaya ini bukan sahaja dilakukan melalui sindiket peminta sedekah tetapi secara terancang melalui penubuhan rumah anak yatim.
Ada individu yang mengusahakan rumah anak yatim tanpa berdaftar dengan Kementerian berkaitan khasnya Jabatan Kebajikan Masyarakat. JKM pula tidak memmbuat pemantauan sehingga rumah kedai pun dijadikan rumah anak yatim .
Anak yatim lelaki dan perempuan terpaksa hidup dalam persekitaran yang tidak sihat di rumahkedai manakala pihak pengurusan sibuk mencari derma dengan alasan mahu membina rumah kebajikan yang selesa. Akaun yang tidak diaudit oleh JKM memungkinkan penyalahgunaan wang yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan anak yatim.
Kebajikan pekerja di abaikan. Bayangkan seorang pengasuh ditugaskan dengan gaji RM 700 untuk menjaga 17 orang anak yatim. Tanpa EPF, pengasuh datang dan pergi kerana tidak berpuas hati dilayan bagai hamba. Akhirnya Indon yang diuoah untuk mengasuh dan memasak untuk anak-anak yatim ini.
Persengketaan sesama AJK menyebabkan ada yang mengambil kesempatan. Ada yang mahu menjual hamper yang diserahkan kepada anak yatim dan pelbagai salah laku serta penyelewengan berlaku. Saya percaya perkara ini bukan saha berlaku di Rumah Anak yatim tempat kawan saya bekerja tetapi mungkin juga berlaku di lain-lain rumah kebajikan khasnya yang diurus secara persendirian tanpa penglibatan NGO seperti Rumah Kanak-kanak Taiping ini.
Pihak JKM perlu lebih proaktif dalam hal ini. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kebakaran di rumah anak yatim tentulah waktu itu semua pihak akan menuding jari kepada pihak yang lain.
Pihak yang menderma pula perlu membuat penyiasatan terhadap akaun rumah kebajikan bagi memsatikan akuannya diaudit dan bebas dari penyelewengan. Janganlah di gadai masa depan anak yatim kerana tamakkan habuan dunia walaupun tahu ia bukan untuk kita tetapi untuk anak yatim.
Tinjau-tinjaulah sekeliling , sekurang-kurangnya AJK Masjid mengambil tahu walaupun JKM mungkin mempunyai seribu satu alasan untuk tidak mahu mengambil tahu.- Alasan biasalah ialah tidak ada aduan di buat.
Wassalam.